Aktivis wanita memegang gambar Ozgecan Aslan di Ankara sambil mendesak pembunuhnya dikenakan hukuman mati. - Foto AFP
Aktivis wanita memegang gambar Ozgecan Aslan di Ankara sambil mendesak pembunuhnya dikenakan hukuman mati. - Foto AFP
ISTANBUL - TURKI. Beratus-ratus penduduk sebahagian besarnya wanita memenuhi jalan-jalan utama di Mersin, tempat asal Ozgecan Aslan, mangsa pembunuhan kejam di Turki.

Ozgecan pelajar berusia 20 tahun ditikam sehingga mati dan mayatnya dibakar selepas cuba melawan penyerang yang cuba merogolnya.

Difahamkan melalui laporan RT, demonstrasi sama diadakan di Ankara dan Istabul dengan kebanyakan penunjuk perasaan membawa gambar Ozgecan dan beberapa wanita lain yang pernah menjadi mangsa keganasan di negara tersebut.

Penunjuk perasaan turut mendesak Menteri Polisi Sosial dan Keluarga, Aysenur Islam supaya meletak jawatan.

Ozgecan kali terakhir dilihat menaiki sebuah bas mini semasa dalam perjalanan dari rumah ke kolejnya pada 11 Februari lalu.

Susulan pembunuhan kejam itu, polis memberkas tiga suspek di Mersin.