Search This Blog

Thursday, February 26, 2015

Rakyat Ghana dakwa jadi buruh



sebahagian PATI menyorok dalam sebuah kolam mandi untuk mengelak dicekup penguat kuasa di tapak pembinaan rumah kedai dekat Nilai 3, Nilai semalam.


NILAI – Jika tidak warga Indonesia, serbuan di rumah kongsi lazimnya akan menemukan pendatang asing tanpa izin (PATI) dari Myanmar, Bangladesh ataupun dari Vietnam.
Bagaimanapun, dalam operasi di sebuah tapak pembinaan rumah kedai dekat Nilai 3 semalam, pihak Jabatan Imigresen Negeri Sembilan menahan dua lelaki warganegara Ghana yang mendakwa bekerja sebagai buruh binaan di situ.
Pengarah Imigresen negeri, Faizal Fazri Othman menyifatkan, penahanan tersebut mengejutkan dan di luar kebiasaan kerana rata-ratanya rakyat dari benua Afrika jarang memilih pekerjaan berat seperti itu.
“Pelik, tapi itulah yang terjadi. Dua lelaki Ghana itu mendakwa mereka bekerja sebagai buruh binaan di tapak pembinaan itu. Bagaimanapun, mereka didapati telah tinggal lebih masa di negara ini, mereka dihantar ke Depot Tahanan Imigresen Lenggeng untuk tindakan susulan,” ujarnya.
Dalam operasi tersebut pada pukul 4.30 pagi itu juga, Faizal berkata, seramai 47 lelaki dan enam wanita ditahan atas pelbagai kesalahan.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0226&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_08.htm#ixzz3SnlVbHDl 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment