Search This Blog

Sunday, February 1, 2015

Pemandu rentung, kereta terbakar



BEGINILAH keadaan kereta Proton Satria Neo dipandu Muhamad Nadir (gambar kecil) yang terbakar dalam kemalangan di Subang Jaya semalam.


SUBANG JAYA – Seorang pekerja restoran makanan laut rentung selepas kereta yang dipandunya terlibat dalam kemalangan membabitkan lima buah kenderaan sebelum terbakar di kawasan perumahan Subang Perdana Goodyear Court 6, USJ 8 di sini awal pagi semalam.
Dalam kejadian kira-kira pukul 3.15 pagi itu, mangsa, Muhamad Nadir Ismail, 23, yang berasal dari Felda Siantan Jengka 19, Temerloh, Pahang terbakar di tempat duduk kereta jenis Proton Satria Neo yang dipandunya itu.
Difahamkan, Muhamad Nadir dalam perjalanan pulang selepas bekerja di sebuah restoran di ibu kota.
Ketika kejadian, dia sedang memandu dari arah Persiaran Kewajipan untuk ke rumahnya di Flat USJ 8.
Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Yahaya Ramli berkata, setibanya di persimpangan masuk ke kawasan rumahnya, mangsa dipercayai gagal mengawal keretanya lalu melanggar sebuah kereta Proton Wira yang diparkir di tepi jalan.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0201&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_04.htm#ixzz3QRbdTJ00 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment