Menurut Mail Online, remaja berusia 19 tahun dari Nantong, wilayah Jiangsu itu menyelinap keluar dari rumah keluarganya sebelum memotong tangan kirinya dengan menggunakan pisau pemotong.
“Kami tidak sangka dia boleh bertindak sedemikian kerana dia seorang remaja yang bijak,” ujar ibunya.
Pasukan doktor berjaya menyambung kembali tangannya, tetapi tidak dapat dipastikan sama ada tangannya boleh berfungsi seperti biasa.
Di China, ketagihan Internet dalam kalangan golongan muda telah menjadi masalah yang serius dan dianggarkan kira-kira 24 juta remaja dianggap ‘penagih web’.
Disember tahun lalu, pasukan penyelidik mendapati kira-kira 7.1 peratus populasi penduduk di Asia ketagih dengan Internet.
Di Taiwan, kerajaan meluluskan undang-undang melarang ibu bapa membenarkan anak-anak mereka di bawah umur dua tahun menggunakan barangan elektronik seperti iPad, televisyen, dan telefon pintar.
Ibu bapa yang membenarkan anak-anak mereka menggunakan gajet, akan kenakan denda sebanyak 47,738 dolar Taiwan (RM5,400).
Selain itu, pihak berkuasa Taiwan juga tidak membenarkan remaja yang berumur bawah 18 tahun menggunakan barangan elektrik dalam tempoh yang panjang.