Search This Blog

Thursday, February 5, 2015

Mayat warga emas dibaham buaya

Mukah: Seorang lelaki warga emas yang dilaporkan hilang sejak petang semalam, ditemui dalam keadaan menyayat hati, apabila mayatnya hilang kedua kaki dan tangan kanan dipercayai akibat dibaham buaya dalam kejadian di Sungai Kampung Tutus Ulu, Oya di sini.
Mayat Suadi Ali, 79, ditemui penduduk kampung terapung kira-kira 500 meter dari tempat dia dilaporkan jatuh, kira-kira 5 petang tadi.
Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Sarawak, Farhan Sufiyan Borhan berkata, mayat dibawa naik dalam bot pasukan penyelamat dan diserahkan kepada keluarga.
Operasi mencari dan menyelamat ditamatkan sepenuhnya, 5 petang tadi.
Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 4 Februari 2015 @ 8:14 PM


MAYAT mangsa ditemui terapung kira-kira 500 meter dari tempat dia dilaporkan jatuh. FOTO ihsan bomba
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/28584#sthash.otMVPjzr.dpuf

No comments:

Post a Comment