Search This Blog

Tuesday, February 17, 2015

Mayat wanita ditemui di kebun kelapa sawit



MAYAT seorang wanita yang sedang mereput ditemui di kawasan kebun kelapa sawit di Mantin, dekat sini. - Foto Mohd Helmi Irwadi Mohd Nor
NILAI: Mayat seorang wanita yang sedang mereput ditemui di kawasan kebun kelapa sawit di Mantin, dekat sini.
Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Abdullah Roning berkata, mayat wanita itu yang berpakaian kemeja-T berwarna putih dan berseluar panjang berwarna coklat ditemui di kawasan berkenaan pada 6.45 petang semalam.
Katanya, mayat Norini Sofian, 58, dijumpai telah membengkak dan pergelangan tangan kiri sudah tiada disyaki dimakan binatang.
"Barang kemas didapati tidak hilang. Terdapat seutas cincin di sebelah kiri mayat (atas tanah)," katanya di sini, hari ini.
Katanya, siasatan awal mendapati kes ini mempunyai persamaan dengan kes kehilangan seorang wanita yang mengalami penyakit saraf hilang selepas keluar dari rumah pada 11 Februari lepas.
"Pakaian yang dipakai oleh mangsa seperti dalam laporan ketika dia hilang adalah sama iaitu baju kemeja-T berwarna putih dan berseluar panjang berwarna coklat," katanya.
Mayat wanita itu dihantar ke Hospital Tuanku Jaafar Seremban (HTJS) untuk bedah siasat.
Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut, kata Abdullah. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment