Search This Blog

Monday, February 16, 2015

Mayat bayi di tempat pelupusan sampah

Hulu Selangor: Mayat bayi lelaki dipercayai baru dilahirkan ditemui di tempat pelupusan sampah di Bukit Beruntung di sini, kira-kira 6 petang kelmarin.
Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintanden R Supramaniam berkata, bayi lelaki berkenaan dijumpai seorang wanita ketika sedang mengutip barangan pelupusan di kawasan itu.
"Bayi ini dipercayai dilahirkan dalam tempoh 24 jam kerana mayatnya masih elok dan tidak berulat," katanya dalam satu kenyataan.
Beliau berkata, orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung mana-mana individu yang mengandung dan melahirkan anak namun bayi terbabit tidak dikemukakan boleh menghubungi pihak polis.
Katanya, orang ramai boleh berhubung dengan Asisten Superintenden Raduan Mohamad di talian 019-2810193 sekiranya mempunyai maklumat.
Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 16 Februari 2015 @ 1:02 AM


Mayat bayi lelaki dipercayai baru dilahirkan ditemui di tempat pelupusan sampah. FOTO ihsan pihak berkuasa
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/31081#sthash.DsU2gMau.dpuf

No comments:

Post a Comment