Gambar kenangan Allahyarham Mohd. Ruzairi (dua dari kiri) bersama isteri dan anak-anaknya.
KUALA LUMPUR – Selepas dua hari bertarung nyawa, seorang daripada tiga kakitangan Tenaga Nasional Bhd. (TNB) yang melecur teruk akibat disambar api dalam kejadian letupan sebuah pencawang elektrik di Jalan Klang Lama di sini pada Isnin lalu akhirnya meninggal dunia semalam.
Juruteknik TNB, Mohd. Ruzairi Razali, 34, menghembus nafas terakhir pada pukul 1.10 petang di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) dekat sini.
Beliau meninggalkan seorang isteri yang kini sedang mengandung empat bulan anak keempat dan tiga anak berusia antara 3 hingga 7 tahun.
Menurut isteri Mohd. Ruzairi, Shaliani Mamat, 33, sebelum kejadian, suaminya sempat menghubunginya memaklumkan dia akan pulang lewat ke rumah kerana bekerja lebih masa berikutan terdapat kerosakan sebuah pencawang elektrik berdekatan Kondominium Sri Jati 2.
“Arwah suami juga sempat bertanyakan keadaan anak-anak sebelum saya memberitahu dia bahawa tiga anak kami sudah tidur, namun tidak lama kemudian, saya dikejutkan dengan kehadiran beberapa rakan sekerjanya yang datang ke rumah dan meminta saya kuatkan semangat.
Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0226&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_07.htm#ixzz3SnlEDUQZ
Hakcipta terpelihara
No comments:
Post a Comment