Search This Blog

Thursday, February 5, 2015

Lagi serpihan pesawat QZ8501 ditemukan


04 Februari 2015 12:45 AM


Pasukan BNPB melakukan rondaan di sekitar perairan bandar Palu di Sulawesi Tengah, selepas penemuan banyak objek dipercayai milik pesawat AirAsia QZ8501 di antara Mamuju Utara dan kawasan sempadan bandar itu, semalam. - AGENSI

MAMUJU UTARA 3 Feb. – Sejumlah objek berupa serpihan daripada bahagian badan dan tingkap pesawat AirAsia QZ8501 ditemukan nelayan di Mamuju Utara, sempadan antara Sulawesi Barat dan daerah Palu di Sulawesi Tengah, hari ini.
Serpihan bahagian badan dan tingkap pesawat berukuran panjang satu meter itu dipercayai dibawa arus sehingga kawasan perairan mukim Bambalamotu, lapor portal Kompas.com.
Objek tersebut kemudiannya diserahkan polis mukim Bambalamotu kepada Badan Pencegahan Bencana Nasional (BNPB) Mamuju Utara untuk diberi kepada Badan Mencari dan Menyelamat Nasional (Basarnas) di Majene di Sulawesi Barat.
Ketua BNPB Mamuju Utara, Ardilla berkata, objek yang ditemukan itu akan dihantar ke pusat bersepadu Basarnas sebelum dibawa ke Surabaya yang merupakan pusat operasi mencari dan menyelamat pesawat berkenaan.
Selepas penemuan itu kata Ardilla, BNPB akan terus melakukan pencarian di sekitar perairan Mamuju Utara dengan kerjasama polis bagi mencari sebarang objek dari pesawat tersebut.
“Pencarian di wilayah Mamuju Utara dan kawasan sekitar akan diselaraskan dengan pasukan lain bagi meninjau perairan di Mamuju Utara,’’ katanya.
Sejak usaha pencarian dari Kalimantan sehingga ke Sulawesi Selatan, Sulawesi Barat dan Sulawesi Tengah dilaksanakan, pasukan mencari menemukan tujuh mayat dan serpihan pesawat di pelbagai lokasi dipercayai dari pesawat AirAsia itu.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/lagi-serpihan-pesawat-qz8501-ditemukan-1.55742#sthash.gcdgsnP7.dpuf

No comments:

Post a Comment