Search This Blog

Sunday, February 1, 2015

Kempen selamatkan dara dilancar



REMAJA lelaki turut perlu diberikan kesedaran agar tidak mudah memperdayakan gadis sehingga mereka terjebak dalam gejala seks luar nikah – Gambar hiasan


SHAH ALAM – Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat akan melancarkan program khas yang memberi tumpuan khusus kepada remaja lelaki berusia 16 tahun ke atas bagi mengatasi gejala seks luar nikah dalam kalangan golongan muda di negara ini.
Menterinya, Datuk Seri Rohani Abdul Karim berkata, program yang akan dilaksanakan Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) itu bakal bermula pada tahun depan.
“Program yang menyasarkan golongan remaja lelaki itu bertujuan untuk memberi kesedaran melibatkan aspek pendidikan kesihatan reproduktif dan sosial peringkat awal bagi golongan remaja lelaki.
“Usaha ini penting kerana kita tidak boleh menjurus kepada remaja perempuan semata-mata bagi membendung amalan seks luar nikah dalam kalangan golongan muda. Sebaliknya, remaja lelaki juga perlu dilibatkan kerana mereka juga sebahagian daripada punca permasalahan tersebut,” katanya ketika merasmikan kempen Selamatkan Dara Anda di sini semalam.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0201&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_07.htm#ixzz3QRbuYZc3 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment