Search This Blog

Monday, February 23, 2015

Kegembiraan berakhir tragedi


Oleh Hadzlihady Hassan

hadzlihady@hmetro.com.my

Georgetown: Seorang budak lelaki maut ketika mandi bersama ibu dan bapanya di kolam renang hotel di Tanjong Bungah, di sini, hari ini.
Dalam kejadian 10.30 pagi itu, Ong Jing Jie, 12, dikatakan mandi dalam kolam renang untuk orang dewasa ditemani kedua ibu bapanya.
Menurut sumber, perbuatan itu ditegur petugas hotel namun tidak diendahkan ahli keluarganya.
"Selepas hampir setengah jam kemudian, mangsa lemas dan kejadian itu tidak disedari ibu bapanya kerana berlaku dengan pantas.
"Mayat mangsa dihantar ke Hospital Pulau Pinang (HPP) untuk bedah siasat," katanya.
Ahli keluarga terbabit dikatakan datang dari Johor untuk bercuti di negeri ini.
Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Mior Faridalathrash Wahid mengesahkan kejadian terbabit.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/32388#sthash.ctOMhSuw.dpuf

No comments:

Post a Comment