Search This Blog

Tuesday, February 10, 2015

Kakitangan penjara maut dilanggar treler


10 Februari 2015


KUANTAN - Seorang kakitangan Penjara Penor dekat sini maut selepas motosikal Honda EX5 yang ditungganginya melanggar belakang sebuah treler di Kilometer 20 Jalan Pekan-Kuantan, berhampiran penjara berkenaan, malam tadi.
 
Ketua Turus Trafik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang, Supt Mohd Noor Yusuf Ali berkata, Muhammad Iqbal Mohamed, 34, dari Kampung Ketapang Tengah, Pekan, mati di tempat kejadian akibat parah di kepala dan badan.
 
"Ketika dalam perjalanan dari rumahnya ke tempat kerja pada 9 malam itu, motosikal mangsa dipercayai hilang kawalan lalu terbabas ke kiri jalan sebelum melanggar belakang treler membawa muatan balak yang diletakkan di bahu jalan," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.
 
Akibatnya, motosikal mangsa terperosok di bawah lori sebelum orang ramai menghubungi ambulan, katanya ketika dihubungi hari ini.
 
Menurut Mohd Noor, treler itu dipercayai mengalami kerosakan, namun pemandunya tiada di situ ketika kejadian dan polis kini sedang berusaha mengesannya.
 
Mayat dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Kuantan untuk bedah siasat dan jenazah sudah dituntut anggota keluarga untuk urusan pengkebumian, katanya. - Bernama

No comments:

Post a Comment