Search This Blog

Thursday, February 5, 2015

Jordan balas kematian juruterbang


PARA penyokong juruterbang Jordan, Muath al-Kaseasbeh memegang potret dan poster yang tertera tulisan arab bermaksud, ‘Kami semua adalah Muath’.



AMMAN – Pihak berkuasa Jordan menggantung seorang militan wanita Iraq beberapa jam selepas kumpulan Islamic State (IS) menyiarkan satu klip video menunjukkan juruterbang Jordan yang ditawan mereka, Muath al-Kasaesbeh dibakar hidup-hidup di dalam sebuah kurungan, menurut sumber kese­lamatan.
IS sebelum ini menuntut wanita tersebut, Sajida al-Rishawi dibebaskan untuk ditukarkan dengan seorang tebusan Jepun yang kemudian dibunuh.
Sebagai membalas tindakan IS, pihak berkuasa Jordan turut melaksanakan hukuman mati terhadap seorang anggota kanan al-Qaeda lain, Ziyad Karboli.
Banduan itu dihukum mati kerana berkomplot menyerang kerajaan Jordan 10 tahun lalu.
Sajida dihukum mati kerana peranannya dalam serangan pengebom berani mati pada 2005 yang meragut 60 nyawa. Pengeboman itu merupakan serangan militan paling dahsyat dalam sejarah Jordan.
IS sebelum ini me­nuntut supaya Sajida dibebaskan sebagai pertukaran kepada pembebasan wartawan Jepun, Kenji Goto. IS kemudian memenggal kepala Goto, manakala gambar mayatnya disiarkan dalam satu klip video pada Sabtu lepas.
Kerajaan Jordan bagaimanapun berkeras bahawa Sajida hanya akan dibebaskan jika IS mengembalikan Muath.
Pihak berkuasa negara berkenaan mengesahkan kelmarin bahawa juruterbang itu telah dibunuh sebulan lalu.
Pengesahan itu bagi menangkis kritikan domestik bahawa kerajaan Jordan tidak berusaha sedaya upaya untuk menyelamatkan nyawa juruterbang berkenaan. – Reuters


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0205&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_01.htm#ixzz3Qp2VeV6X 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment