Search This Blog

Thursday, February 26, 2015

Imigresen tahan 55 pendatang asing

Nilai: Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Sembilan (JIMNS) menahan 55 pendatang asing tanpa izin (PATI) termasuk dua dari Ghana yang bekerja di tapak pembinaan di Nilai 3, di sini awal pagi tadi.
Pengarahnya Faizal Fazri Othman berkata, tahanan itu membabitkan 50 lelaki dan lima wanita dari India, Bangladesh, Vietnam, Myanmar, Bangladesh, Indonesia serta Ghana.
Katanya, semua mereka ditahan atas pelbagai kesalahan antaranya tinggal lebih masa, tidak memiliki dokumen dan menyalahgunakan pas lawatan sosial.
Faizal berkata, sebelum itu serbuan dijalankan di perkampungan warga Indonesia dalam hutan berhampiran Taman Desa Ria, di sini menemui kegagalan apabila salakan anjing menyebabkan kira-kira 60 PATI melarikan diri.
Katanya, operasi bermula 1 hingga 6 pagi itu menyaksikan kesemua PATI dibawa ke Depoh Tahanan Lenggeng, dekat sini untuk siasatan lanjut.
Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 25 Februari 2015 @ 3:16 PM


ANTARA pendatang asing tanpa izin yang ditahan.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/33070#sthash.3tLcbvA3.dpuf

No comments:

Post a Comment