Gadis berusia 20-an itu maut selepas mengalami kecederaan parah akibat diratah jerung bersaiz besar di pantai yang terletak di L’Etang-Sal.
Mangsa yang sempat diselamatkan oleh orang ramai diberi rawatan awal sebelum disahkan mati ketika tiba di hospital.
Serangan di lokasi itu merupakan yang kedua selepas seorang pemuda berusia 23 tahun hilang kaki kanan akibat diserang jerung pada Oktober tahun lalu. - Agensi