Search This Blog

Thursday, February 26, 2015

Dakwa bayi terjatuh ketika tidur

Sungai Petani: Seorang bayi perempuan berusia enam bulan yang disyaki menjadi mangsa dera maut ketika dibawa kedua-dua ibu bapanya untuk rawatan di Jabatan Kecemasan Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH), di sini, semalam.
Difahamkan, bayi terbabit yang berada dalam keadaan tidak sedarkan diri disahkan meninggal dunia oleh doktor yang merawat mangsa sebaik tiba bersama ibu bapanya di hospital berkenaan kira-kira jam 12.20 tengah hari.
Malah, pemeriksaan ke atas bayi terbabit mendapati terdapat kesan luka di dahi dan lebam lama di kepala serta badan mangsa lalu doktor berkenaan membuat laporan polis kerana mengesyakinya menjadi mangsa dera.
Ketua Polis Daerah Kuala Muda Asisten Komisioner Khalil Arifin yang dihubungi mengesahkan kejadian berkata, pihaknya menahan pasangan suami isteri berusia 36 serta 29 tahun itu dan berdasarkan siasatan awal mereka mendakwa bayi terbabit terjatuh ketika tidur.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.
Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 25 Februari 2015 @ 7:11 AM


ANGGOTA polis mengangkat mayat bayi dipercayai maut akibat didera.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/32882#sthash.Gvozt7us.dpuf

No comments:

Post a Comment