Pasir Mas: Bekas imam Mukim Perol, di sini, rentung selepas rumahnya di Kampung Jenereh, di sini, terbakar 12.55 tengah hari tadi.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/33082#sthash.1YDMw8uf.dpuf
Mayat Jaafar Yusof, 85, ditemui di ruang tamu oleh anggota bomba sebelum dibawa ke Hospital Pasir Mas dan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Jenereh, malam ini.
Mangsa dipercayai cuba menyelamatkan diri, namun gagal kerana api marak.
Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Pasir Mas berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pada 12.59 tengah hari.
"Siasatan masih lagi dijalankan termasuk punca kebakaran," katanya.
Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 25 Februari 2015 @ 5:37 PM
No comments:
Post a Comment