Search This Blog

Thursday, February 5, 2015

Bangladesh: Tujuh penumpang bas maut


04 Februari 2015 5:02 AM

DHAKA 4 Feb. - Sekurang-kurangnya tujuh penumpang sebuah bas maut manakala 16 yang lain cedera apabila beberapa individu yang tidak dikenali membaling beberapa bom buatan sendiri ke dalam sebuah bas yang sarat dengan penumpang di Bangladesh awal pagi kelmarin.
Bas itu terbakar ketika sedang bergerak di sepanjang sebuah lebuh raya di bandar ini seiring dengan tindakan tunjuk perasaan yang dianjurkan pembangkang di seluruh negara.
Serangan di awal subuh itu berlaku apabila bas tersebut sedang dalam perjalanan dari bandar Cox Bazar ke Dhaka, kata Ketua Polis Daerah Comilla, Uttam Chakrabarty yang merupakan kawasan kejadian tersebut terjadi.
Kejadian itu berlaku kira-kira 90 kilometer di timur pusat bandar. Pihak berkuasa mengesyaki tindakan itu dilakukan anggota penyokong pembangkang.
Para penumpang yang mengalami kecederaan telah dibawa ke hospital untuk rawatan lanjut, ujarnya. - AP
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/bangladesh-tujuh-penumpang-bas-maut-1.55839#sthash.lfSz5UnL.dpuf

No comments:

Post a Comment