Search This Blog

Thursday, February 5, 2015

Askar dihukum mati bunuh pembuli

Seoul: Seorang askar dihukum mati mahkamah tentera selepas didapati bersalah membunuh lima rakan seperjuangannya dengan menembak dan membaling bom tangan ke arah mereka.
Dalam kejadian Jun lalu, askar dikenali sebagai Sarjan Lim itu turut mencederakan tujuh yang lain di post kawalan berhampiran sempadan Korea Utara.
Menurut laporan, dia bertindak sedemikian selepas melihat lukisan yang dilukis mereka dianggap menghina dirinya.
Dia kemudian melarikan diri ke dalam hutan untuk membunuh diri, bagaimanapun cubaannya gagal selepas dia ditangkap.
Ketika berusia 20, Lim digambarkan sebagai seorang yang pendiam, malah pihak atasan menyatakan kebimbangan mengenai masalah psikologinya, tetapi dia dianggap cukup sihat untuk dihantar ke post kawalan berkenaan.
Semua lelaki di Korea Selatan wajib memasuki tentera selama dua tahun sebagai persediaan bagi menghadapi ancaman dari Korea Utara.
Kejadian tembakan membabitkan askar yang dibuli bukan sesuatu yang luar biasa di Korea Selatan.
Kali terakhir negara itu melaksanakan hukuman mati pada Disember 1997. - Agensi
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/28360#sthash.B77b9Xmv.dpuf

No comments:

Post a Comment