Search This Blog

Thursday, February 5, 2015

Ambil gambar selfie punca pesawat ringan terhempas


05 Februari 2015 1:13 AM


Pesawat dikendalikan Amritpal Singh, dipercayai gagal dikawal oleh juruterbang itu selepas dia mengambil gambar selfie. – REUTERS

DENVER 4 Feb. – Seorang juruterbang yang terbunuh apabila pesawat ringan yang dikendalikannya terhempas pada tahun lalu, didakwa gagal mengawal kapal terbang tersebut akibat asyik mengambil gambarnya sendiri atau ‘selfie’.
Laman web akhbar Mirror melaporkan, para penyiasat percaya, Amritpal Singh gagal mengendalikan pesa­wat tersebut selepas dia tiba-tiba pening ekoran cahaya lampu dari telefon bimbitnya ketika dia mengambil gambar dirinya sendiri atau selfie.
Singh, 29, dan seorang penumpangnya terbunuh apabila pesawat Cesna 150K itu terhempas di sebuah ladang gandum di Denver dalam kejadian pukul 12 tengah malam pada 31 Mei tahun lepas.

Advertisement
Walaupun tiada data direkodkan dalam penerbangan itu, para penyiasat menyatakan Singh mungkin mengambil gambar selfie ketika insiden berlaku.
Satu laporan Lembaga Keselamatan Pengangkutan Nasional menunjukkan sebuah kamera GoPro dipasang di cermin depan pesawat itu yang merekodkan perbuatan juruterbang dan penumpangnya.

Advertisement
“Kamera GoPro itu mendedahkan juruterbang dan penumpang-penumpangnya sebelum ini mengambil gambar mereka sendiri dengan telefon bimbit ketika penerbangan malam, menggunakan fungsi cahaya apabila pesawat berlepas, mendaki, dan mengubah laluan penerbangan.
“Berdasarkan bukti penggunaan telefon bimbit apabila pesawat berada di altitud rendah sebelum kemalangan itu, terdapat kemungkinan telefon bimbit digunakan sekali gus mengganggu tumpuan juruterbang dan menyumbang kepada pening dan gagal mengawal pesawat,’’ kata laporan itu.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/ambil-gambar-selfie-punca-pesawat-ringan-terhempas-1.56019#sthash.b4PKp1TT.dpuf

No comments:

Post a Comment