Search This Blog

Tuesday, February 17, 2015

85 maut lima hari Ops Selamat


KUALA LUMPUR: Sebanyak 85 kematian membabitkan 75 kes kemalangan jalan raya dicatat di seluruh negara sepanjang lima hari Ops Selamat bermula 12 hingga 16 Februari.
Ketua Trafik Pasukan Bukit Aman, Datuk Mohd Fuad Latiff, berkata remaja berusia antara 16 hingga 20 tahun paling ramai terbabit nahas dengan sejumlah 17 kematian, sementara sembilan lagi membabitkan yang berumur 21 hingga 25 tahun.
Sepanjang tempoh sama, beliau berkata sebanyak 6,456 kes kemalangan dilaporkan membabitkan beberapa laluan termasuk lebuh raya, jalan persekutuan serta jalan bandaran.

Kemalangan berkenaan membabitkan 55 motosikal, 18 kereta, lima pejalan kaki, tiga basikal dan empat lain-lain kenderaan.
Sejumlah 87,350 saman dikeluarkan di seluruh negara atau purata 17,000 sehari.
Antara kesalahan ialah memandu melebihi had laju, memandu di lorong kecemasan, memotong barisan kenderaan, memotong di garisan berkembar dan melanggar lampu isyarat merah.
"Kita tidak bertolak-ansur dan akan menjalankan operasi ini secara serius bagi mengelak berlakunya kemalangan dan kesesakan lalu lintas," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Perak, Johor, Selangor dan Pulau Pinang mencatat kematian tertinggi dengan masing-masing 17 kes di Perak, Johor (14), Selangor (13) dan tujuh di Pulau Pinang.
"Kita akan memberi tumpuan 60 kawasan yang kerap berlaku kemalangan maut iaitu di Johor meliputi 17 kawasan, Perak (12), Kelantan (tujuh), Selangor (enam)dan Negeri Sembilan (enam)," katanya.

No comments:

Post a Comment