DHAKA - BANGLADESH. Seramai 69 dilaporkan maut selepas sebuah feri berlanggar dengan sebuah bot kargo, semalam.
Menurut laporan AFP, feri tersebut membawa 150 penumpang ketika kejadian.
Inspektor polis, Abdul Muktadir memberitahu bahawa kebanyakan yang terkorban merupakan penumpang tingkat bawah feri berkenaan.
Menurutnya, feri tersebut tenggelam dengan pantas selepas pelanggaran menyebabkan usaha menyelamatkan diri bagi penumpang tingkat bawah hampir mustahil.
Kejadian berkenaan di sungai Padma dan feri tersebut sudah diapungkan oleh pasukan penyelamat.
No comments:
Post a Comment