Beberapa pendatang berdiri di atas kapal pengawal pantai Itali ketika tiba di pelabuhan Porto Empedocle, semalam.
Beberapa pendatang berdiri di atas kapal pengawal pantai Itali ketika tiba di pelabuhan Porto Empedocle, semalam.
ROM - ITALI. Pengawal pantai Itali menyelamatkan 600 pendatang yang menaiki bot getah selepas menerima panggilan kecemasan berhampiran pantai Libya, semalam.

Operasi menyelamat itu adalah yang kedua seumpamanya dalam tempoh dua hari.

Menurut Reuters, ia menyusul selepas kematian lebih 300 pendatang yang cuba menyeberangi Eropah, minggu lalu.

Jurucakap pengawal pantai berkata, mereka mengesan enam bot getah yang hanyut kira-kira 80 kilometer dari pantai Libya.

"Operasi menyelamat ini dibuat sehari selepas 700 pendatang diselamatkan daripada sebuah bot yang sesak.

"Cuaca baik memberi keyakinan untuk mereka memulakan perjalanan berbahaya dari Afrika Utara ke Eropah," katanya.