Search This Blog

Monday, February 23, 2015

33 mati lemas


Dhaka: Seramai 33 maut semalam apabila sebuah feri yang dinaiki lebih 100 penumpang terbalik selepas berlanggar dengan sebuh bot pukat tunda di sungai Padma di sini.

Jurucakap polis, Bidhan Tripura berkata, pasukan penyelamat berjaya menyelamatkan seramai 50 penumpang dan masih lagi mencari mangsa yang mungkin terselamat.

“Seramai 33 mayat berjaya ditemui setakat ini termasuk seorang bayi,” katanya.

Menurutnya, pihak berkuasa merampas bot pukat tunda berkenaan dan menahan dua kru.


Menurutnya, satu pasukan polis yang dibantu bomba dan Pihak Berkuasa Perairan Darat Bangladesh kini berusaha menyelamatkan feri berkenaan.

“Beberapa penyelam juga cuba mencari mayat mangsa yang masih terperangkap di dalam feri berkenaan,” jelasnya.

Kemalangan itu berlaku ketika feri berkenaan dalam perjalanan dari Daulatdia ke Paturia yang terletak di seberang sungai Padma di wilayah Rajbari.

Standard keselamatan yang lemah dan kurangnya penguatkuasaan menyebabkan nahas feri sering berlaku di Bangladesh.

Dalam kejadian terbaru pada 13 Februari lalu, seramai tujuh orang terbunuh selepas feri yang dinaiki mereka terbalik di selatan negara itu.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 23 Februari 2015 @ 7:37 AM

SEORANG wanita meratap sambil memegang mayat seorang mangsa selepas kejadian kemalangan feri di Paturia, 70 kilometer ke timur Dhaka, semalam.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/32473#sthash.25x23gNR.dpuf

No comments:

Post a Comment