Search This Blog

Thursday, February 26, 2015

2 maut cuba lari daripada polis

Oleh NUZULSHAM SHAMSUDDIN


Anggota polis melihat mayat warga asing yang dirempuh treler ketika cuba melarikan diri di Kilometer 216.2 arah selatan Lebuhraya Utara-Selatan dekat Alor Gajah semalam.


ALOR GAJAH – Padah cuba melarikan diri daripada pemeriksaan polis, dua lelaki warga asing menemui ajal apabila maut dilanggar sebuah treler di Kilometer 216.2 arah selatan Lebuhraya Utara-Selatan dekat sini malam kelmarin.
Dalam kejadian pukul 10.30 malam itu, dua suspek terbabit bersama dua lagi rakan mereka dikatakan cuba melintas di le­buhraya berkenaan selepas memberhentikan kereta model Proton Iswara yang mereka naiki di kawasan berkenaan.
Sebelum kejadian, kereta yang dinaiki empat lelaki terbabit telah ditahan sepasukan anggota ronda cegah jenayah dari Ibu Pejabat Polis Daerah Alor Gajah di Paya Datuk di sini untuk pemeriksaan apabila polis melihat kereta tersebut dalam keadaan mencurigakan dengan keadaan cermin belakang yang pecah.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Melaka, Asisten Komisioner Raja Shahrom Raja Abdullah berkata, bagaimanapun kereta yang dinaiki keempat-empat mereka terus memecut sebelum sempat polis melakukan pemeriksaan.
“Dua anggota polis yang menaiki sebuah kereta peronda kemudian mengejar kereta tersebut hingga ke Plaza Tol Simpang Ampat.
“Bagaimanapun, semasa sampai di plaza tol terbabit, kereta itu kemudian telah merempuh palang automatik tol berkenaan dan melarikan diri pula ke arah Plaza Tol Ayer Keroh,” katanya ketika ditemui di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Melaka semalam.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0226&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_04.htm#ixzz3Snka9sCb 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment