Search This Blog

Thursday, February 5, 2015

10 maut nahas bas mini di Russia


 
MOSCOW: Sekurang-kurangnya 10 maut apabila sebuah bas mini bertembung dengan sebuah trak tidak jauh dari sempadan Ukraine, hari ini, kata seorang pegawai polis.

Kemalangan yang berlaku di wilayah Belgorod, kira-kira 40 kilometer dari sempadan wilayah timur Ukraine, Kharkiv itu menyaksikan bas mini berkenaan terbabas ke arah bertentangan dan merempuh sebuah trak, demikian menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh polis wilayah Belgorod itu.

Beliau berkata, 10 orang terkorban termasuk pemandu bas mini manakala enam orang cedera.

Sumber polis berkata, bas mini terbabit dalam perjalanan ke wilayah Lugansk di timur Ukraine dinaiki penumpang warganegara Ukraine. - AFP

No comments:

Post a Comment