Search This Blog

Monday, January 12, 2015

Yatim piatu sekelip mata

Malang: Seorang remaja perempuan, Chiara Natasha, 15, tidak menyangka nahas pesawat AirAsia Indonesia QZ8501 yang terhempas di Selat Karimata 28 Disember lalu menyebabkan dia kini yatim piatu.
Ketika nahas itu, ibu bapa bersama abang dan adik lelakinya dalam perjalanan ke Singapura untuk bertemunya yang bersekolah di negara berkenaan, namun ia menjadi perjalanan perpisahan terakhir buatnya.
Remaja itu dilihat tenang semasa upacara pengkebumian ibu dan abang serta adiknya yang dijalankan di Pemakaman Sentong Baru, Lawang, Kabupaten Malang, semalam. Mayat bapanya, masih belum ditemui atau masih sedang dikenal pasti.
Walaupun dilihat terpaku melihat tiga keranda iaitu ibunya Indah Juliansih, 41, abangnya, Nico Giovani, 17, serta adiknya Justin Giofanni, tetapi Chiara tetap tenang.
Upacara pengkebumian itu turut diikuti dengan pelepasan tiga ekor burung sebagai simbolik melepaskan pemergian anggota keluarganya mengikut kepada adat resam mereka.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.
Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 12 January 2015 @ 5:48 AM


PIHAK berkuasa membawa serpihan pesawat QZ8501 yang ditemui terapung berdekatan lokasi nahas.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/23192#sthash.fryiq3Js.dpuf

No comments:

Post a Comment