• Wanita hendak bunuh diri gigit doktor

SALT LAKE CITY - AMERIKA SYARIKAT. Seorang wanita terpaksa ditenangkan selepas mengamuk di dalam sebuah pesawat komersial, Isnin lepas.

Menurut CNN, sekumpulan pegawai polis yang turut berada di dalam penerbangan JetBlue berkenaan terpaksa menenangkan wanita berkenaan yang bertindak liar dan ingin membunuh diri.

Sebelum kejadian, pegawai penerbangan terpaksa mengasingkan wanita berkenaan selepas wanita tersebut bertengkar dengan suaminya.

Wanita tersebut ditempatkan bersebelahan dengan seorang pegawai polis, Detekif Robert Odor.

Odor memberitahu wanita tersebut mula menelan pil dan menulis nota.

Selepas setengah jam, wanita tersebut mengeluarkan botol pil yang kedua.

"Saya tahu saya harus bertindak selepas dia mengeluarkan botol pil yang kedua," kata Odor.

"Perempuan tersebut menulis nota bunuh diri. saya membacanya ketika dia menulis. Saya terpaksa ambil nota dan ambil botol pil berkenaan," tambahnya.

Sejurus selepas Odor merampas botol pil dan nota berkenaan, wanita tersebut mula menjerit dan menendang.

"Beliau sangat beremosi. Beliau menangis. Beliau menendang," tambahnya.

Beberapa pegawai perubatan dan seorang doktor yang juga kebetulan berada dalam pesawat berkenaan cuba mengeluarkan pil dari mulut wanita berkenaan, tapi mereka digigit.

Seorang lagi pegawai polis, Sarjan Terry Wall cuba menangkan wanita tersebut.

PTerry merupakan seorang pegawai perunding yang berpengalaman.

Penerbangan diteruskan selama 90 minit dan haluan diubah ke Chicago.

Setibanya di Chicago, wanita berkenaan bagaimanapun sudah bertenang.