Search This Blog

Friday, January 9, 2015

Treler hilang tiga jam

Oleh Mohd Helmi Irwadi Mohd Nor
Seremban: Tidak sampai tiga jam kehilangan sebuah treler di Shah Alam, Selangor dilaporkan malam tadi, polis berjaya menemui semula kenderaan itu selain menahan seorang lelaki berusia 40-an dipercayai melarikannya di Hentian Sebelah Pedas/Linggi, dekat sini pagi tadi.
Sumber berkata, treler itu dilaporkan hilang dari sebuah kilang di Shah Alam kira-kira 10 malam tadi menyebabkan usaha menjejakinya turut dilakukan di daerah ini.
Katanya, sejurus suspek melalui Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) berhampiran Labu, di sini dalam keadaan mencurigakan, sepasukan anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah Seremban 2 bertindak mengekori kenderaan itu sehingga ke Hentian Pedas/Linggi arah selatan.
Menurutnya, setibanya di lokasi pada 12.30 tengah malam, suspek melarikan diri dengan melintasi jalan dan meninggalkan treler terbabit menyebabkan anggota polis mengejarnya.
"Suspek berjaya dicekup dan pemeriksaan dibuat mendapati treler berkenaan dilaporkan hilang di Shah Alam pada 10 malam tadi," katanya.
Menurut sumber, turut dirampas adalah pemutar skru dalam kenderaan itu dan telefon bimbit milik suspek.
Timbalan Ketua Polis Daerah Seremban Superintendan Abdul Rahim Daud dihubungi mengesahkan tangkapan mengikut Seksyen 379A iaitu curi kenderaan.
Katanya, suspek dan rampasan akan diserahkan kepada IPD Shah Alam.
Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 9 January 2015 @ 12:41 PM


- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/22721#sthash.AQl7FDsy.dpuf

No comments:

Post a Comment