Search This Blog

Tuesday, January 27, 2015

Timbalan ketua agensi antirasuah letak jawatan



PARA penyokong Bambang melakukan bantahan di luar ibu pejabat KPK di Jakarta berikutan penahanan beliau berhubung rasuah pada Jumaat lalu.


JAKARTA – Timbalan ketua badan pencegah rasuah Indonesia menyerahkan surat peletakan jawatan semalam, beberapa hari selepas polis menamakan dirinya sebagai suspek dalam satu kes penipuan keterangan, kata seorang pegawai agensi berkenaan.
Timbalan Suruhanjaya Membanteras Rasuah (KPK), Bambang Widjojanto ditahan polis Jumaat lalu dan disoal siasat berhubung kes penipuan keterangan mahkamah pada 2010.
Penahanannya meningkatkan lagi perang dingin antara dua badan penguatkuasaan tersebut.
“Bambang menyerahkan surat peletakan jawatan hari ini (semalam),” kata Timbalan Unit Pencegahan Rasuah KPK, Johan Budi.
Bambang yang memberitahu media tempatan beliau menimbang untuk meletak jawatan pada Sabtu lalu masih belum mengulas berhubung tindakan tersebut.

Bambang


Ketua KPK, Abraham Samad bagaimanapun memberitahu laman berita Detik.com pada hari yang sama bahawa beliau tidak meluluskan surat peletakan jawatan daripada Bambang.
Sebelum ini, penyokong KPK percaya polis menamakan Bambang sebagai suspek kerana membalas dendam tindakan badan berkenaan melabelkan calon Ketua Polis Indonesia, Budi Gunawan sebagai suspek kes rasuah pada 13 Januari lalu.
Pengumuman oleh KPK itu mendorong Presiden Joko Widodo untuk menangguhkan pelantikan Budi sebagai Ketua Polis Indonesia yang baharu. – Reuters


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0127&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_02.htm#ixzz3PyO6tV6G 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment