BANGKOK 31 Jan. – Berpuluh-puluh pegawai kerajaan termasuk anggota polis dan tentera laut bakal didakwa selepas terlibat dalam aktiviti penyeludupan manusia, ketika kerajaan junta berjanji untuk tidak bertoleransi berhubung perkara tersebut.
Timbalan Menteri Luar, Don Pramudwinai menegaskan, pendakwaan yang turut membabitkan pegawai atasan polis berpangkat kolonel dan leftenan itu menunjukkan pemimpin junta serius dalam menangani masalah penyeludupan manusia.
"Tindakan sebegini sekurang-kurangnya menunjukkan bagaimana kami begitu bersungguh-sungguh untuk menguatkuasakan undang-undang sedia ada terhadap pelaku," jelas Pramudwinai.
Sementara itu, pegawai Kementerian Luar, Songsak Saicheua berkata, sekurang-kurangnya 15 pegawai polis bakal didakwa, termasuk beberapa orang anggota Tentera Laut Diraja Thailand.
"Turut didakwa adalah dua pegawai pentadbir dan seorang pekerja sosial," ujarnya. – AFP
No comments:
Post a Comment