Search This Blog

Friday, January 9, 2015

Terpaksa minum air kotor

Kupang: Penduduk Kampung Sikun dan Oan Mane di Malaka Barat, Nusa Tenggara Timur, terpaksa minum air kotor selepas banjir akibat bekalan air bersih terputus.
Penduduk kampung terbabit, Yuliana Klau berkata, air yang diminum tidak terjamin kebersihannya.
Namun, kata Yuliana, mereka tiada pilihan lain.
“Kami terpaksa,” katanya.
Yuliana berkata, simpanan air bersih di setiap rumah penduduk sudah habis, manakala perigi di tengah kampung yang selama ini menjadi tempat mereka mendapatkan bekalan ditenggelami lumpur.
Untuk mengatasi masalah ketiadaan bekalan air, penduduk kampung berkenaan menggali lubang di sekitar sungai dan menyaring aliran yang masuk untuk dijadikan minuman atau memasak.
Namun, katanya, keadaan akan menjadi lebih sukar jika banjir berlaku semula dan melimpahi lubang itu.
“Kami sudah mengadu kepada ketua kampung tetapi belum ada bantuan tiba,” katanya.
Seorang penduduk, Anastasia berkata, untuk mengalas perut mereka memakan pisang dan ubi. - Agensi
Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 7 January 2015 @ 5:11 AM


KEADAAN banjir Malaka Barat, Indonesia.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/22029#sthash.GfZo3u5L.dpuf

No comments:

Post a Comment