Search This Blog

Saturday, January 31, 2015

Tembak 2 pasar raya

Oleh Alias Abd Rani 
lias@hmetro.com.my


Sibu: Dua bangunan yang menempatkan dua pasar raya menjadi sasaran apabila sekumpulan penjenayah melepaskan empat das tembakan dipercayai menggunakan senapang patah, kelmarin.
Ketua Polis Daerah Sibu, Asisten Komisioner Kamal Kordi berkata, daripada empat das tembakan, tiga daripadanya dilepaskan ke arah Wisma Sanyan manakala satu lagi ke Kompleks Beli-Belah Premier.
Beliau berkata, kejadian dipercayai berlaku lewat malam kelmarin, namun polis hanya menerima dua laporan masing-masing pada jam 1.15 dan 4.15 petang.
"Laporan pertama dibuat seorang pengawal keselamatan Wisma Sanyan selepas mendapati cermin kaca bangunan terbabit bertaburan atas lantai manakala laporan kedua diterima daripada seorang pemilik kedai dalam pasar raya terbabit sebaik mendapati tembakan itu mengenai cermin premis miliknya.
"Sehingga kini motif sebenar tembakan itu dilepaskan masih belum diketahui dan polis tidak menolak kemungkinan perbuatan terbabit dilakukan individu sama," katanya.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.
Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 31 January 2015 @ 5:09 AM


KESAN tembakan di pusat beli-belah Premier, Sibu.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/27477#sthash.gedbIclD.dpuf

No comments:

Post a Comment