Search This Blog

Friday, January 9, 2015

Syabu RM2.2 juta masuk lubang najis


Yogyakarta: Hampir empat kilogram syabu bernilai Rp8 bilion (RM2.2 juta) dipam ke dalam saluran najis semalam oleh pihak berkuasa Indonesia.
Ketua agensi antidadah Indonesia Jogjakarta, Budiharso semalam berkata, pihaknya tidak mempunyai alat khas untuk memusnahkan dadah jenis Methamphetamine yang dirampas berkenaan.
“Justeru, kami melarutkan dadah itu dengan air panas sebelum dituang dan dipam melalui lubang tandas,” katanya.
Dadah seberat 3.99 kilogram itu ditemui dalam dua bungkusan yang dirampas di lapangan terbang pada 28 Disember tahun lalu.
Ia dikenal pasti milik Tuti Herawati dan Jumidah yang berasal dari Lampung. Kedua-duanya turut menyaksikan syabu itu dimusnahkan.
Budi berkata, 2.8 peratus daripada jumlah penduduk di kawasan itu terbabit dengan penyalahgunaan dadah. - Agensi
Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 9 January 2015 @ 5:04 A
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/22570#sthash.IWdrAdiV.dpuf

No comments:

Post a Comment