Search This Blog

Friday, January 9, 2015

Suspek pukul polis diberkas


Oleh Fardy Bungga
Kuala Lumpur: Seorang suspek lelaki berusia 33 tahun yang dikehendaki membabitkan kes mencederakan anggota polis 29 Disember lalu berjaya ditahan dalam serbuan kes dadah ke atas sebuah rumah di Jalan Kovil, Kampung Chetty Sentul 6 Januari lalu.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Kuala Lumpur Asisten Komisioner Wan Abdullah Ishak berkata, ketika ditahan, suspek mengaku salah seorang daripada kumpulan yang menyerang dan mencederakan anggota polis dalam kejadian 29 Disember lalu.
Menurutnya, dalam serbuan itu, suspek ditahan bersama lapan lagi individu termasuk dua wanita berusia lingkungan 19 hingga 54 tahun.
"Ketika serbuan, pemeriksaan polis menemui empat paket plastik besar berisi dadah jenis syabu seberat 145 gram dan 20 paket plastik mengandungi dadah heroin seberat 36.50 gram.
"Semua suspek kini ditahan reman selama tujuh hari sehingga 13 Januari depan untuk siasatan lanjut," katanya pada sidang media di pejabatnya, sebentar tadi.
Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 9 January 2015 @ 1:02 PM
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/22726#sthash.H2RhXhyX.dpuf

No comments:

Post a Comment