Search This Blog

Thursday, January 29, 2015

Sindiket curi kenderaan 4X4 lumpuh


Oleh Ekhwan Haque Fazlul Haque
Shah Alam: Polis Bukit Aman berjaya menyelesaikan 12 kes kecurian kenderaan pacuan empat roda bernilai RM1.6 juta yang dilaporkan hilang di sekitar Lembah Klang antara November tahun lalu hingga pertengahan Januari ini.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohmad Salleh berkata, 12 kenderaan pacuan empat roda yang ditemui sudah dimasukkan ke dalam kontena untuk dieksport ke Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE).
Beliau berkata, semua kenderaan itu ditemui semula selepas polis menahan tiga lelaki berusia 38 hingga 44 tahun di gudang di Bandar Sultan Suleiman, Pelabuhan Klang, 8 Disember lalu.
Menurutnya, tiga suspek terbabit bertindak sebagai orang tengah bagi membawa kenderaan yang dicuri untuk dimasukkan ke dalam kontena sebelum dieksport ke luar negara.
"Dengan tertangkapnya tiga suspek ini, polis percaya dapat melumpuhkan sindiket curi kenderaan empat roda ini yang menjadikan negara Timur Tengah sebagai pasaran utama," katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor, di sini, sebentar tadi.
Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 28 January 2015 @ 4:38 PM
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/26928#sthash.BzwiHZXx.dpuf

No comments:

Post a Comment