• Lelaki bersenjata menyerang pejabat sebuah akhbar Charlie Hebdo yang telah menyebabkan 12 orang terbunuh dan mencederakan tujuh yang lain.Lelaki bersenjata menyerang pejabat sebuah akhbar Charlie Hebdo yang telah menyebabkan 12 orang terbunuh dan mencederakan tujuh yang lain.

PARIS - PERANCIS. Sekurang-kurang 11 orang terbunuh apabila penyerang bersenjata api dan sebuah pelancar roket menyerang syarikat akhbar, Charlie Hebdo.
 
Menurut laporan BBC, terdapat tujuh mangsa cedera termasuk pejalan kaki yang dilanggar kereta penyerang berkenaan.

Charlie Hebdo, akhbar sinis yang diterbitkan secara mingguan sebelum ini telah menyiarkan karikatur Nabi Muhammad SAW pada 2011.
 
Terbaru, akhbar berkenaan menyiarkan kartun yang menampilkan ketua Kumpulan Negara Iraq dan Jajahannya (ISIL), Abu Bakr al-Baghdadi.
 
Sementara itu, Presiden Perancis, Francois Hollande mengumumkan akan mengadakan mesyuarat kecemasan kabinet.
 
Dua yang terkorban merupakan anggota polis, menurut agensi berita Perancis, AFP.
 
Saksi mengatakan mereka melihat dua orang yang menutup kepala memasuki bangunan berkenaan dengan senjatapi Kalashnikov dan pelancar roket.
 
"Kemudian kami mendengar bunyi tembakan," tambah saksi berkenaan.
 
Tak lama kemudian, penyerang meninggalkan bangunan berkenaan.
 
Operasi besar-besaran dilancarkan oleh pihak polis untuk memburu kedua penyerang tersebut.