Search This Blog

Thursday, January 29, 2015

Sepuluh paderi buas


Madrid: Seramai 10 paderi Katolik dan dua pekerja gereja di Granada didakwa atas tuduhan melakukan penderaan seksual kanak-kanak dalam kes yang mula disiasat selepas Pope Francis berhubung dengan seorang daripada mangsa terbabit.
Dalam tuduhan itu, 12 tertuduh disyaki melakukan penderaan seksual terhadap empat remaja lelaki di kediaman paderi antara 2004 dan 2007.
Semua tertuduh - yang berdepan hukuman penjara lebih 20 tahun setiap seorang - dibenarkan jaminan sehingga perbicaraan selesai.
Pope Francis sebelum ini mendedahkan dia menerima surat daripada seorang mangsa menceritakan serangan terhadapnya pada November lalu. Dia kemudian menghubungi remaja terbabit dan menggesanya mengemukakan tuduhan secara rasmi di kawasan pentadbiran gereja Granada.
Dia sendiri menulis surat kepada Ketua Biskop Granada Francisco Javier Martinez mendesaknya melakukan siasatan berhubung dakwaan itu.
Beberapa paderi dipecat dan ditahan tidak lama selepas sisasatan bermula.
Pope Francis berkata dia tidak akan bertoleransi langsung dengan paderi yang mendera kanak-kanak secara seksual selepas beberapa skandal gereja terdedah dalam beberapa tahun kebelakangan ini.
Bagaimanapun, kumpulan hak asasi yang mewakili mangsa menganggap masih banyak perlu dilakukannya untuk menghapuskan masalah itu.
Tahun lalu, Vatican berkata 850 paderi dipecat antara 2004 hingga 2013 kerana dakwaan seksual membabitkan mangsa bawah umur.
Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 29 January 2015 @ 5:02 AM
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/27004#sthash.SXVgSBze.dpuf

No comments:

Post a Comment