Search This Blog

Sunday, January 18, 2015

QZ8501: Lima lagi mayat dikenal pasti


SURABAYA : Pasukan Pengecaman Mangsa Bencana (DVI) berjaya mengenalpasti lima lagi mayat mangsa nahas pesawat AirAsia Indonesia QZ8501, hari ini.
Ketua pasukan DVI Polda Jawa Timur, Budiyono berkata, kelima mangsa itu dikenal pasti berdasarkan barang peribadi yang dimiliki mereka.
"Jasad bukan dibandingkan dengan DNA dari keluarga terdekat, tetapi dari DNA di barang peribadi milik mangsa seperti rambut dan gigi," katanya.
Lima jasad itu dikenali sebagai Yenni Soewono, 38, Sesha Aldi Krisputra, 15, Hartanto Wijaya, 25, Albertus Eka Suya Yulianto, 10, serta Kho Kusuma Chandra, 55, semuanya rakyat Indonesia.
Menamatkan pencarian pada hari ke-21 petang tadi, Agensi Mencari dan Menyelamat Nasional (BASARNAS) setakat ini hanya berjaya menemui 51 daripada 162 mangsa nahas itu, dengan jumlah penemuan semakin berkurang setiap hari.
Semalam dan hari ini, tiada mayat baru ditemui pasukan mencari diketuai BASARNAS, namun Kementerian Perhubungan (KEMENHUB) Indonesia menyatakan komitmen berterusan untuk meneruskan usaha pencarian mangsa.
Daripada jumlah yang sudah dikenal pasti itu, Budiyono menjelaskan keseluruhannya berjumlah 45, hanya berbaki enam jasad yang belum dapat ditentukan. -Kompas.com

No comments:

Post a Comment