Search This Blog

Friday, January 9, 2015

Polis wanita maut


Paris: Seorang polis wanita maut dan rakannya parah dalam serangan kedua di ibu negara Perancis dalam tempoh kurang 24 jam.
Mangsa yang namanya tidak didedahkan itu meninggal dunia pagi semalam (waktu tempatan) selepas kejadian tembakan di Montrouge di selatan Paris manakala rakannya dalam keadaan serius.
Kejadian berlaku sehari selepas pembunuhan beramai-ramai di pejabat Charlie Hebdo yang menyaksikan 12 maut termasuk dua anggota polis.
Dalam kejadian terbaru di Montrouge itu, tembakan dipercayai dilepaskan menggunakan raifal M5 ketika waktu sibuk, pagi semalam.
Saksi melihat dua kereta bertembung sebelum dua lelaki keluar dengan membawa senjata.
Saksi, William Thomas, 19, berkata: “Saya terjaga selepas mendengar tiga tembakan sebelum seorang menjerit ‘Ambil ni!’ diikuti dua tembakan.
“Kejadian berlaku sebelum jam 8 pagi.”
Seorang lelaki berketurunan Afrika Utara dilihat lari dari tempat kejadian memakai baju kalis peluru.
Suspek kedua pula beredar dalam kereta Renault Clio. Seorang daripada mereka yang berusia 53 tahun berjaya ditahan.
Pasukan kecemasan berusaha memulihkan mangsa yang maut di tempat kejadian namun keadaannya terlalu parah. - Agensi
Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 9 January 2015 @ 5:02 AM
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/22558#sthash.xuSpufE3.dpuf

No comments:

Post a Comment