Search This Blog

Sunday, January 4, 2015

Polis tahan lelaki rosakkan berhala Wat Siam

BUKIT MERTAJAM: Polis menahan seorang lelaki berusia 29 tahun yang dipercayai telah merosakkan patung berhala dan peralatan sembahyang di Wat Canthraram, Tanah Liat, di sini, kelmarin.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, ACP Rusli Mohd Noor, berkata lelaki yang dipercayai kurang siuman itu, ditahan di rumahnya di Tasek Gelugor pada 6 petang semalam dan kini direman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 295 Kanun Keseksaan.
"Berdasarkan maklumat awam dan nombor pendaftaran motosikal yang dinaiki lelaki yang tiada pekerjaan itu, polis berjaya mengesan alamat rumahnya," katanya ketika dihubungi hari ini.
Rusli berkata, siasatan lanjut masih dijalankan bagi mengetahui punca sebenar lelaki itu merosakkan patung berhala dan peralatan sembahyang di wat berkenaan.
Lelaki berkenaan dikatakan datang ke wat itu pada 10.10 pagi dengan menunggang motosikal Honda EX5 sebelum menjatuhkan dan memecahkan patung berhala dan membuang bekas tembaga berisi colok.
- BERNAMA

No comments:

Post a Comment