• Empat perompak yang ditangkap dan dibelasah penduduk sebuah kampung di Mexico. Foto oleh EPAEmpat perompak yang ditangkap dan dibelasah penduduk sebuah kampung di Mexico. Foto oleh EPA

PUEBLA - MEXICO. Bosan akibat asyik dirompak, penduduk sebuah kampung dikatakan bertindak membelasah empat perompak yang berjaya ditangkap, mengakibatkan salah seorang daripada mereka maut.
 
Empat perompak berkenaan merupakan dua orang lelaki dewasa, seorang remaja lelaki dan seorang wanita.
 
Perompak wanita yang diberitahu sedang mengandung, hanya 'dipukul di bahagian muka'.
 
Keempat-empat mereka dipukul dengan kayu dan batang besi sebelum diikat pada sebatang pokok.
 
Salah seorang perompak tersebut maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah selepas serangan bertalu-talu.
 
Polis tempatan cuba menenangkan keadaan tersebut namun diusir, memaksa pihak polis dari ibu negara untuk datang mengawal keadaan. 
 
Ketiga-tiga perompak berkenaan diberikan rawatan kecemasan selepas kejadian berkenaan.