Search This Blog

Thursday, January 29, 2015

Peragut ditinggal rakan dicekup

Butterworth: Malang bagi seorang lelaki kerana bukan sahaja tidak sempat merasa hasil samun, malah dia turut ditinggalkan rakan yang kecut perut selepas melihat orang awam mengejar mereka yang sebelum itu melarikan beg milik wanita.
Dalam kejadian di Permatang Sungai Dua di sini, jam 8.40 pagi semalam, suspek berusia 20-an bersama rakannya menunggang motosikal menghampiri kereta mangsa sebelum memecahkan cermin hadapan sebelah penumpang.
Suspek terus melarikan beg tangan milik pemandu kereta itu tanpa menyedari perbuatan mereka diperhatikan orang ramai selain jeritan mangsa yang menarik perhatian individu berhampiran tempat kejadian.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU) Asisten Komisioner Abdul Rahman Ibrahim mengesahkan kejadian itu dan berkata, seorang suspek ditahan hasil bantuan orang awam yang berada di kawasan itu.
“Orang awam yang terdengar jeritan mangsa mengejar kedua-dua suspek berkenaan menyebabkan mereka terus memecut laju untuk meloloskan diri daripada ditangkap.
“Dalam keadaan cemas itu motosikal ditunggang mereka terbalik sebelum suspek ditahan orang awam, tetapi penunggangnya meloloskan diri,” katanya.
Abdul Rahman berkata, pihaknya turut menjalankan ujian awal saringan air kencing terhadap suspek dan hasilnya mendapati dia positif dadah.
Beliau berkata, gerakan susulan giat dijalankan untuk mengesan rakan suspek bagi membantu melengkapkan siasatan kes berkenaan mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan kerana melakukan samun.
“Selain itu, suspek turut disiasat mengikut Seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan kami mendapatkan perintah tahanan reman terhadap lelaki itu bagi membantu siasatan,” katanya.
Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 28 January 2015 @ 8:32 AM


SUSPEK ditahan selepas memecahkan cermin kereta dan melarikan beg tangan wanita di Permatang Sungai Dua, semalam.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/26892#sthash.cxyydh2p.dpuf

No comments:

Post a Comment