Search This Blog

Friday, January 9, 2015

Penyanyi veteran salah guna dadah


Jakarta: Pemuzik veteran, Fariz Rustam Munaf dilaporkan ditangkap polis kerana dipercayai terbabit dalam penyalahgunaan dadah.
Dia yang lebih dikenali dengan nama Fariz RM dibawa ke Ibu Pejabat Polis Jakarta Selatan untuk siasatan lanjut.
Penyanyi lagu Barcelona itu dijadual memberi keterangan kepada pihak polis semalam.
Sebelum ini Fariz RM pernah dikaitkan dengan dadah.
Pada Oktober 2007 dia ditangkap bersama ganja seberat 5 gram yang disembunyikan dalam bungkusan rokok.
Akibat kesalahan itu dia dipenjara lapan bulan sebelum mengikuti pemulihan di Hospital Melia Cibubur. - Agensi
Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 7 January 2015 @ 5:09 AM
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/22024#sthash.pqeDtXhg.dpuf

No comments:

Post a Comment