Oleh Mohd Hafizee Mohd Arop
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/23096#sthash.YMeg1SLM.dpuf
Sungai Siput: Tiga penjenayah bersenjatakan pistol serta parang yang dipercayai sedang merancang untuk melakukan samun berjaya ditembak polis di Taman Jalong di sini.
Dalam kejadian kira-kira 5 pagi tadi, ketiga-tiga suspek yang menggunakan kenderaan jenis Perodua MyVi itu ditembak polis yang sedang melakukan rondaan di kawasan berkenaan.
Sumber polis berkata, ketiga-tiga suspek yang cuba bertindak selepas itu ditembak mati ditempat kejadian .
Katanya, pemeriksaan polis ke atas kenderaan suspek selepas itu menemui pistol serta parang.
Timbalan Ketua Polis Perak Datuk A Paramasivam dijangka akan mengadakan sidang media berkenaan kes itu.
Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 11 January 2015 @ 10:36 AM
No comments:
Post a Comment