Search This Blog

Friday, January 9, 2015

Penjara tiga minggu beri keterangan palsu

Oleh Mohd Hilmie Hussin
Melaka: Seorang pelacur dijatuhi hukuman penjara selama tiga minggu oleh Mahkamah Majistret, di sini, selepas mengaku bersalah memberi keterangan palsu ketika deposisi dilakukan di Mahkamah, Disember lalu.
Tertuduh Nani Ratna Suminar, 39, dari Indonesia, membuat pengakuan itu di hadapan Majistret Norina Maludin, selepas mengangguk faham pertuduhan yang dibacakan juru bahasa.
Berdasarkan pertuduhan, tertuduh didakwa memberi keterangan palsu di Mahkamah Majistret 4, Ayer Keroh, di sini, ketika deposisi dijalankan di hadapan Majistret dan Pegawai Polis, kira-kira jam 2.49 petang pada 29 Disember lalu.
Justeru, dia disabit melakukan kesalahan mengikut Seksyen 193 Kanun Keseksaan yang boleh membawa kepada hukuman penjara sehingga tiga tahun dan boleh dikenakan denda.
Berdasarkan fakta kes, sewaktu deposisi dibuat ke atasnya pada jam 2.49 petang, 29 Disember tahun lalu di Mahkamah Majistret 4, Ayer Keroh, di sini, tertuduh mengatakan bahawa dia hanya bekerja sebagai tukang urut di premis tempatnnya ditangkap, sekali gus didapati memberi keterangan palsu.
Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 9 January 2015 @ 4:23 PM


TERTUDUH yang dijatuhkan hukuman penjara tiga minggu.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/22736#sthash.MWLFQtU4.dpuf

No comments:

Post a Comment