Hakim Mahkamah Daerah, Jennifer Marie berkata, hukuman berat yang dikenakan terhadap James Raj, 36, bertujuan menghalang perkara tersebut daripada terus menular, selain memberi amaran kepada penggodam bahawa serangan siber merupakan ancaman besar kepada negara.
Hukuman tersebut dijatuhkan selepas kerajaan Singapura merancang untuk menubuhkan sebuah agensi bagi memperkukukan sistem keselamatan siber bagi menghadapi serangan penggodam.
Suspek didapati bersalah selepas terlibat dalam 39 serangan siber termasuk pada Oktober 2013, yang mana James menggodam laman web daerah Ang Mo Kio, milik Hsien Loong.
Menurut kertas pertuduhan, James yang mengelarkan dirinya sebagai 'The Messiah' melakukan aktiviti menggodam dari sebuah apartmen di Malaysia. – AFP