• Christian Jose GomezChristian Jose Gomez

SEORANG lelaki mengaku membunuh ibu kandungnya sebelum mencampak mayat mangsa di luar kediaman keluarga berkenaan di Florida.

Kejadian itu berlaku sehari sebelum Tahun Baharu.

Suspek, Christian Jose Gomez, 23, menamatkan riwayat ibunya dengan memenggal kepala mangsa menggunakan kapak, kata syerif Pinellas County, Elizabeth Brady.

Mangsa dikenali sebagai Maria Suarez Cassagne berusia 48 tahun.

"Kepala mangsa ditemui di dalam tong sampah. Tubuh mangsa pula ditemui berhampiran tong sampah tersebut oleh abang suspek," kata Brady kepada Mirror.

Menurut Brady, suspek membunuh ibunya kerana berang selepas mangsa meminta dia menyusun kotak di loteng rumah mereka.

"Kerana marah, dia merancang pembunuhan itu selama dua hari," kata Brady.

Gomez ditangkap ketika sedang menunggang basikal tidak jauh dari tempat kejadian.

Dia kini didakwa atas kesalahan melakukan pembunuhan tahap pertama.