Penunjuk perasaan membawa sepanduk membantah kenaikan tambang pengangkutan awam di Sao Paulo. Foto: AFP
Penunjuk perasaan membawa sepanduk membantah kenaikan tambang pengangkutan awam di Sao Paulo. Foto: AFP
BRASILIA - BRAZIl. Ribuan penduduk Brazil membanjiri jalan raya di beberapa bandar utama bagi membantah kenaikan kadar tambang pengangkutan awam.

Di Sao Paulo, protes yang berlangsung aman bertukar ganas apabila penunjuk perasaan bertempur dengan polis.

Keganasan meletus apabila sebahagian penunjuk perasaan mengadakan bantahan di kawasan yang tidak dibenarkan.

Sementara itu di Rio de Janeiro, polis terpaksa menutup laluan utama ke dewan kongres bagi menghalang daripada dimasuki penunjuk perasaan.

Pihak penganjur berkata, kira-kira 20,000 orang menyertai tunjuk perasaan tersebut. - Press TV