Search This Blog

Saturday, January 31, 2015

Pemisah selatan Thailand ditembak mati


30 Januari 2015


YALA - THAILAND. Seorang anggota kumpulan gerakan pemisah yang dikenali sebagai Saudi Setapo maut dan dua lagi ditahan pihak berkuasa dalam pertempuran petang tadi di Yala, wilayah selatan Thailand.

Dua suspek yang ditahan dikenali sebagai Arif Samae dan Safan Salae, kedua-duanya berusia 26 tahun dan merupakan penduduk Mukim Kabang.

Seorang anggota polis turut cedera dalam pertempuran itu, kata Komander Kompeni Renjer ke-48, Kol Tanut Pisansitiwat kepada media.

Beliau berkata, sasaran pasukan keselamatan Thailand dalam pertempuran kali ini ialah Saudi Setapo, iaitu suspek dalam satu insiden pengeboman di daerah Betong pada tahun lepas.

Kejadian pertempuran hari berlaku pada jam 3.25 petang waktu tempatan dan melibatkan lebih 50 pegawai keselamatan Thailand.

“Pertempuran berlaku apabila mereka mengepong sebuah rumah di Jalan Kabang-Sabayoi di Kampong Benangdama, Mukim Kabang, Jaha, selepas mendapat  laporan kehadiran beberapa orang anggota Gerakan Pembebasan Patani yang dipimpin oleh Saudi Setapo,” katanya.

Saudi yang berasal dari Kampung Kuwing, Mukim Baroh, Daerah Yaha, di Yala mempunyai tujuh waran tangkap. - Bernama

1 comment: